Seorang pegawai SPRM berkata akaun media sosial bolehkan platform kumpul maklumat mengenai keutamaan, minat dan tingkah laku kanak-kanak.Seorang pegawai SPRM berkata akaun media sosial bolehkan platform kumpul maklumat mengenai keutamaan, minat dan tingkah laku kanak-kanak.

Fokus akses platform media sosial pada kanak-kanak, kata pegawai SKMM

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen [email protected] üzerinden bizimle iletişime geçin.
Children Playing HandphonesPengguna platform media sosial kini diwajibkan memuat naik dokumen pengenalan diri bagi tujuan pengesahan umur susulan pelaksanaan dua kod baharu di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Onsa) pada 1 Jun lalu.

KUALA LUMPUR: Perbincangan mengenai keselamatan kanak-kanak dalam talian perlu beralih daripada persoalan sama ada golongan itu boleh mengakses media sosial kepada sama ada platform itu patut dibenarkan mengakses kanak-kanak.

Timbalan Pengarah Urusan (Pembangunan) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Eneng Faridah Iskandar Sastrawidjaja, berkata akaun media sosial bukan sahaja membolehkan kanak-kanak menggunakan platform dalam talian, malah mewujudkan identiti digital mereka.

Katanya, keadaan ini menjadikan menjadikan kanak-kanak boleh dihubungi secara dalam talian, serta membolehkan platform media sosial mengumpul maklumat mengenai keutamaan, minat dan tingkah laku mereka.

“Persoalan yang kita hadapi sekarang bukanlah sama ada kanak-kanak boleh mengakses media sosial, tetapi sama ada media sosial patut mempunyai akses kepada kanak-kanak.

“Sebagai pemegang akaun media sosial, platform-platform ini mengetahui banyak maklumat mengenai kita – keutamaan, perkara yang kita suka dan tidak suka,” katanya ketika sesi panel pada Persidangan Teknologi Bertanggungjawab.

Beliau turut berkata kanak-kanak tidak lagi boleh dilihat sebagai pengguna yang sedang menyesuaikan diri dengan teknologi, sebaliknya sebagai generasi digital yang membesar bersama teknologi sejak lahir.

Pengguna platform media sosial kini diwajibkan memuat naik dokumen pengenalan rasmi yang dikeluarkan kerajaan bagi tujuan pengesahan umur susulan pelaksanaan dua kod baharu di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Onsa) pada 1 Jun lalu.

Dua kod yang diperkenalkan oleh SKMM iaitu Kod Perlindungan Kanak-Kanak dan Kod Mitigasi Risiko bertujuan menghalang individu berumur bawah 16 tahun daripada membuka akaun media sosial.

Eneng berkata langkah keselamatan dalam talian bukan bertujuan menjauhkan kanak-kanak daripada teknologi, sebaliknya memastikan persekitaran digital beroperasi demi kepentingan terbaik mereka.

Beliau berkata tumpuan ketika ini adalah untuk melaksanakan dan mengoperasikan Onsa, di samping menilai sama ada langkah-langkah yang diperkenalkan di bawah undang-undang itu berkesan dalam mengurangkan risiko serta memperkukuh perlindungan terhadap kanak-kanak.

Sementara itu, Ketua Perlindungan Kanak-Kanak Unicef Malaysia, Saskia Blume, berkata kesan langkah keselamatan dalam talian yang baharu dilaksanakan itu juga perlu dipantau merentasi pelbagai kumpulan kanak-kanak.

Dalam sesi panel tersebut, Saskia berkata kanak-kanak, termasuk mereka daripada komuniti terpinggir, turut mendapat manfaat daripada penggunaan internet melalui akses kepada pendidikan, kreativiti dan rangkaian sokongan.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00001704
$0.00001704$0.00001704
-0.40%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

Get Covered, Share 1M USDT

Get Covered, Share 1M USDTGet Covered, Share 1M USDT

Higher VVIP tiers, higher compensation odds.

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen [email protected] ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Record Ads, Stock Down 7%

Record Ads, Stock Down 7%Record Ads, Stock Down 7%

Jul 29: Meta earnings face the market's question.