Neow Choo Seong akan berlari sejauh 300km untuk serah memorandum bagi menggesa wakil rakyat membahaskan isu tiga gajah di zoo Jepun.Neow Choo Seong akan berlari sejauh 300km untuk serah memorandum bagi menggesa wakil rakyat membahaskan isu tiga gajah di zoo Jepun.

Dari Taiping ke Parlimen, aktivis berlari demi Dara, Amoi dan Kelat

2026/06/15 07:00
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen [email protected] üzerinden bizimle iletişime geçin.
Nasib tiga gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat menjadi perhatian rakyat susulan gambar tular. (Gambar MPT)

PETALING JAYA: Seorang aktivis akan berlari dari Taiping, Perak ke Parlimen di ibu negara bagi menyerahkan memorandum menggesa wakil rakyat membincangkan isu gajah Malaysia di zoo di Jepun.

Koordinator Sekretariat Solidariti Bersama Dara, Amoi dan Kelat (DAK), Neow Choo Seong, berkata larian sejauh hampir 300km itu mahu menarik perhatian para wakil rakyat kepada isu tiga gajah bernama Dara, Amoi dan Kelat.

“Sebelum ini kita cuba serah memorandum pada Zoo Taiping tapi mereka tidak mahu terima, jadi kita putuskan hantar ke Dewan Rakyat tempat yang menghimpunkan suara rakyat,” katanya, Neow yang terpanggil untuk menyahut isu ini selaku orang Taiping.

Dara, Amoi dan Kelat dari Zoo Taiping & Night Safari tiba di Zoo Tennoji, Osaka pada 11 Mac, dan dipamerkan kepada umum sejak 21 April. Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching, dilapor berkata penghantaran tiga gajah berkenaan bukan merupakan urus niaga komersial, sebaliknya sebahagian daripada kerjasama rasmi antara dua zoo.

Gambar tular di media sosial bagaimanapun mencetuskan kebimbangan orang ramai tentang kebajikan tiga gajah berkenaan dan keadaan zoo terbabit. Pada 6 Mei, Zoo Tennoji mempamerkan siri foto tiga gajah berkenaan, didakwa dalam keadaan baik.

Neow bagaimanapun berkata Malaysia perlu bersedia untuk membawa pulang tiga gajah berkenaan sekiranya mereka tidak dijaga dengan baik.

Neow Cho SeongNeow Choo Seong terpanggil untuk menyahut isu Dara, Amoi dan Kelat.

“Kita bukan nak menuding jari tetapi kita mahu menyelesaikan masalah. Kita mahu kerajaan bertindak,” katanya.

Bermula 17 Jun, perjalanannya akan singgah di Ipoh, Kampar, Tapah, Tanjung Malim dan Sungai Buloh. Sesi penerangan dan dialog mengenai isu DAK akan diadakan di beberapa lokasi bagi meningkatkan kesedaran orang awam. Neow merancang untuk tiba di Parlimen sebelum Dewan Rakyat bersidang pada 22 Jun.

Neow Choo Seong akan melalui Ipoh, Kampar, Tapah, Tanjung Malim dan Sungai Buloh dalam larian ke Parlimen.

Sementara itu, Neow mengalu-alukan orang ramai menyertai larian itu, sama ada sepanjang laluan atau lokasi tertentu.

Katanya, beberapa NGO telah menyatakan minat untuk menyertai kempen berkenaan, termasuk pada peringkat akhir larian dari Taman Tasik Perdana ke Parlimen.

“Saya berharap akan ada Ahli Parlimen yang prihatin membawa suara ini mewakili rakyat Malaysia,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen [email protected] ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel