Pengundi Sarawak dilihat cenderung kepada kestabilan dan pengalaman di sebalik kritikan terhadap hasrat Richard Riot Jaem bertanding bagi penggal kesembilan sebagaiPengundi Sarawak dilihat cenderung kepada kestabilan dan pengalaman di sebalik kritikan terhadap hasrat Richard Riot Jaem bertanding bagi penggal kesembilan sebagai

Ahli politik lama berkhidmat normal di Sarawak, kata penganalisis

2026/06/14 08:00
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen [email protected] üzerinden bizimle iletişime geçin.
Timbalan Presiden SUPP Richard Riot Jaem suara hasrat mempertahankan Parlimen Serian pada PRU16 dengan harapan dapat menang penggal kesembilan sebagai Ahli Parlimen. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Walaupun hasrat Richard Riot Jaem bertanding bagi penggal kesembilan sebagai Ahli Parlimen Serian mengundang kritikan dalam talian, penganalisis berpendapat ahli politik lama berkhidmat menjadi perkara biasa di negeri pengundi tradisinya lebih mengutamakan pengalaman, kestabilan, dan pembangunan berbanding perubahan generasi.

Dick Lembang DugunDick Lembang Dugun.

Dick Lembang Dugun dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), berkata keupayaan Ahli Parlimen veteran bertahan lama mesti difahami dalam landskap politik negeri, di mana Gabungan Parti Sarawak (GPS) cukup dominan.

“GPS menjadi semakin kuat dalam politik Sarawak kerana tiada pembangkang boleh dipercayai,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, ramai pengundi tidak melihat alternatif berwibawa kepada gabungan pemerintah, yang telah memperkukuh kedudukannya melalui pembangunan yang jelas kelihatan serta inisiatif berkebajikan.

“Dari masa anda dilahirkan sehinggalah anda meninggal dunia, kerajaan Sarawak menyediakan bantuan kepada rakyatnya,” katanya.

Felo Majlis Profesor Negara Jeniri Amir, berkata ahli politik veteran sering kali bersebati dalam struktur sosial tempatan, menjadikan mereka tokoh dikenali dan dipercayai di kawasan Parlimen.

jeniriJeniri Amir.

“Berbeza dengan sesetengah wilayah di mana pengundi muda sangat menekankan pembaharuan politik, budaya politik Sarawak tradisinya meletakkan nilai lebih tinggi pada kesinambungan dan perubahan beransur-ansur,” tambahnya.

Riot, yang juga timbalan presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), adalah antara beberapa tokoh politik yang lama berkhidmat di negeri berkenaan.

Sebagai contoh, Allahyarham Yang di-Pertua Negeri Abdul Taib Mahmud pernah berkhidmat 33 tahun sebagai ketua menteri dan 38 tahun sebagai Ahli Parlimen Kota Samarahan. Selain itu, Timbalan Premier Douglas Uggah Embas, pernah berkhidmat sebagai ahli Parlimen Betong selama 32 tahun sebelum beralih ke kepimpinan peringkat negeri.

Namun, Jeniri berkata terdapat tanda-tanda perubahan secara beransur-ansur dengan pengundi muda kini semakin terdedah kepada media sosial, perdebatan nasional, dan sumber maklumat alternatif.

“Ini boleh mempengaruhi jangkaan terhadap tadbir urus, ketelusan, dan prestasi dasar secara perlahan-lahan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan Sarawak belum mengalami perpecahan politik mendadak mengambil kira faktor kestabilan dan pembangunan yang terus memberi kelebihan kepada pemimpin berpengalaman.

Dalam pada itu, Dick skeptikal terhadap perubahan dalam tempoh terdekat meskipun dominasi GPS menimbulkan persoalan mengenai tahap kesihatan demokrasi di negeri berkenaan.

“Saya tidak nampak dalam tempoh dua atau lima tahun akan datang akan berlaku sebarang perubahan dalam pemikiran masyarakat yang akan menjauhkan orang ramai daripada menyokong GPS,” katanya.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00002661
$0.00002661$0.00002661
+2.30%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen [email protected] ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage