Anwar Ibrahim berkata, dasar diplomatik yang bijak bolehkan negara seperti Rusia dan Turkmenistan anggap Malaysia negara sahabat yang sangat dekat.Anwar Ibrahim berkata, dasar diplomatik yang bijak bolehkan negara seperti Rusia dan Turkmenistan anggap Malaysia negara sahabat yang sangat dekat.

Kestabilan politik, hubungan antarabangsa baik jamin bekalan tenaga negara, kata PM

2026/06/13 16:59
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen [email protected] üzerinden bizimle iletişime geçin.
anwar ibrahimPM Anwar Ibrahim berkata, kestabilan politik jadi kunci utama bagi memastikan kerajaan dapat beri tumpuan penuh kepada agenda pembangunan, selain terus tarik pelabur luar. (Gambar Bernama)

SIPITANG: Hubungan antarabangsa yang baik serta kestabilan politik membolehkan Malaysia terus mendapatkan bekalan minyak dan gas meskipun dunia kini berdepan ketidaktentuan susulan krisis tenaga global.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, dasar diplomatik yang bijak membolehkan negara luar seperti Rusia dan Turkmenistan menganggap Malaysia sebagai sebuah negara sahabat yang sangat dekat.

Berkongsi pengalaman semasa mengadakan lawatan rasmi ke Turkmenistan baru-baru ini, beliau berkata, pemimpin negara itu menyatakan kesediaan mengoperasikan satu daripada telaga gas terbesar di dunia bersama Malaysia melalui Petronas.

“Negara kita mengambil sikap bersahabat dengan semua termasuk dengan Amerika Syarikat dan China, selain keadaan politik dalam negara yang stabil, tidak bergegar atau bergaduh antara kaum,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek Sabah Southern Madani Link hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Hajiji Noor, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Mustapha Sakmud.

Anwar berkata, kestabilan politik menjadi kunci utama bagi memastikan kerajaan dapat memberi tumpuan penuh kepada agenda pembangunan selain terus menarik kemasukan pelabur luar ke dalam negara.

“Sebab itu dalam masa yang lalu, saya beri sokongan kepada Hajiji kerana saya fikir cukuplah kita berbalah dalam banyak isu, tetapi politik negara ini harus stabil kerana kalau tidak stabil, orang tidak akan melabur,” katanya.

Mengulas perkembangan global, perdana menteri berkata, dunia kini berada dalam keadaan terumbang-ambing akibat krisis kekurangan bekalan tenaga berikutan konflik di Asia Barat yang turut menjejaskan laluan Selat Hormuz hingga menyebabkan harga minyak dunia melambung tinggi.

Situasi itu, katanya, menyaksikan beberapa negara termasuk dalam kalangan anggota Asean terpaksa mengambil tindakan drastik dengan menutup operasi sekitar 400 stesen minyak kerana kekurangan bekalan.

“Kita bersyukur dalam keadaan itu pun harga minyak murah … Malaysia kekal RM1.99. Kita ada masalah diesel kita naikkan harga sedikit tetapi untuk seperti pertanian, bas, pengangkutan tidak. Ini kerana kita harus sedar apapun masalah jangan bebankan rakyat,” katanya.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0,000026
$0,000026$0,000026
-%0,03
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen [email protected] ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage