Deisigan Shammugam berkata jurang 'besar' ini akan bawa implikasi politik dan sosial.Deisigan Shammugam berkata jurang 'besar' ini akan bawa implikasi politik dan sosial.

Jurang negeri miskin dan kaya makin luas, kata ahli ekonomi Bank Dunia

2026/06/11 20:51
Okuma süresi: 3 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen [email protected] üzerinden bizimle iletişime geçin.
Deisigan ShammugamAhli ekonomi Deisigan Shammugam berkata, Bank Dunia percaya potensi pertumbuhan Malaysia seterusnya terletak pada peringkat negeri, tetapi pembiayaan persekutuan mesti lebih telus. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Jurang antara negeri kaya dan miskin semakin meluas dari semasa ke semasa, membawa implikasi politik dan sosial kepada negara, kata seorang ahli ekonomi Bank Dunia.

Deisigan Shammugam berkata, pendapatan isi rumah dan perniagaan di Kuala Lumpur adalah kira-kira lapan kali ganda berbanding Kelantan, menyifatkan jurang ini sebagai ‘besar’.

Tambahnya, pendapatan isi rumah dan perniagaan di Kuala Lumpur boleh disamakan dengan Portugal, manakala pendapatan di Kelantan pula setaraf dengan Sri Lanka.

Jurang antara negeri kaya dan miskin di Malaysia juga lebih besar berbanding negara-negara lain di seluruh dunia, katanya.

“Jurang ini memberi kesan limpahan kepada isu politik dan sosial. Bukan sesuatu yang pelik jika negeri-negeri (miskin) ini meminta lebih banyak autonomi, lebih banyak hasil dan lebih banyak jalan raya,” kata Deisigan pada sebuah forum mengenai hubungan persekutuan dan negeri.

Beliau mengulas mengenai matlamat Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Deisigan seterusnya berkata, secara teorinya, negeri-negeri yang ketinggalan sepatutnya mampu ‘berkembang lebih pantas dan mengejar negeri-negeri yang lebih kaya’, merujuk pemerhatiannya di Brazil, China dan Kesatuan Eropah.

“Tetapi ini tidak berlaku di Malaysia. Jika ini perlumbaan 100m, mereka yang berada di hadapan berlari lebih pantas daripada mereka yang berada di belakang,” katanya.

Deisigan bagaimanapun berkata, negeri-negeri yang lebih miskin ini mempunyai potensi sebenar untuk pertumbuhan ekonomi.

Beliau berkata, jika seseorang melihat kepada tahap modal dan buruh di setiap negeri, negeri-negeri miskin sebenarnya mempunyai potensi pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding negeri-negeri kaya.

“Ini bermakna jika semua negeri berkembang pada potensi penuh mereka, jurang antara negeri kaya dan negeri miskin boleh dirapatkan,” jelasnya.

Deisigan berkata, jurang itu boleh dirapatkan jika negeri-negeri memberi tumpuan pada kawasan yang mempunyai potensi pertumbuhan yang kukuh, seperti bandar dan daerah tertentu, berbanding menggunakan pendekatan yang sama di semua tempat.

Setiap tempat mempunyai masalah yang berbeza, katanya. Ada yang memerlukan jalan raya dan infrastruktur yang lebih baik, manakala yang lain memerlukan bantuan untuk menangani risiko iklim.

Beliau berkata, dana persekutuan untuk negeri-negeri juga harus lebih jelas dan berdasarkan peraturan yang sewajarnya.

Deisigan berkata, Bank Dunia percaya bahawa potensi pertumbuhan Malaysia yang seterusnya terletak pada peringkat negeri, tetapi pembiayaan persekutuan mesti lebih telus dan berasaskan peraturan.

Beliau kemudian mempersoalkan sama ada Malaysia berisiko menjadi negara berpendapatan tinggi hanya di atas kertas, dengan negeri dan komuniti yang lebih miskin terus ketinggalan.

“Adakah semua rakyat Malaysia akan meraih manfaat daripada status berpendapatan tinggi ini atau hanya segelintir sahaja?

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00002551
$0.00002551$0.00002551
+1.39%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen [email protected] ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage