AI beri kelebihan terbesar kepada syarikat yang berupaya garap proses, kepakaran pekerja ke dalam pangkalan data yang boleh diguna pakai oleh sistem AI.AI beri kelebihan terbesar kepada syarikat yang berupaya garap proses, kepakaran pekerja ke dalam pangkalan data yang boleh diguna pakai oleh sistem AI.

‘Otak AI’ evolusi seterusnya untuk syarikat, kata peneraju industri

2026/06/11 19:24
Okuma süresi: 3 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen [email protected] üzerinden bizimle iletişime geçin.
Azeem Abu BakarPresiden MDA dan COO Rev Media Group Nicholas Sagau (tengah), Pengarah Urusan FMT Azeem Abu Bakar (kiri) dan penasihat Universiti Cambridge Gerard Grech di Connexion Conference & Event Centre Nexus di Bangsar South, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: Perkembangan besar seterusnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI) mungkin bukan sekadar bot sembang (chatbot) yang lebih pintar, sebaliknya kemunculan ‘otak AI’ yang membantu syarikat menyimpan pengetahuan, membuat keputusan dan menyelaras kerja di seluruh organisasi.

Berucap pada d Conference 2026 anjuran Persatuan Digital Malaysia (MDA), Presiden MDA dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Rev Media Group Nicholas Sagau berkata, syarikat-syarikat harus mula membangunkan ‘pangkalan pengetahuan’ yang mengekalkan memori dan kepakaran organisasi.

Nicholas berkata, syarikat yang paling mendapat manfaat daripada AI ialah syarikat yang mampu merekodkan proses, kepakaran dan pengetahuan institusi pekerja mereka dalam sistem yang boleh digunakan oleh AI.

“Cari keunikan syarikat anda, serta pengetahuan apa yang khusus untuk peranan anda. Apabila berjaya tentukannya, anda boleh gunakan AI dengan lebih berkesan untuk organisasi anda,” katanya.

Pengarah Urusan FMT Azeem Abu Bakar menyifatkan sistem pengetahuan ini sebagai asas awal kepada ‘otak AI’ sesebuah organisasi.

Beliau berkata, syarikat-syarikat boleh memuat naik dasar, prosedur operasi, cerapan pelanggan, penyelidikan dan keputusan masa lalu ke dalam sistem sedemikian, membolehkan AI memahami organisasi dengan lebih baik serta membantu pekerjanya dengan lebih berkesan.

Beliau merujuk fungsi Projects dalam ChatGPT – satu ruang kerja khusus yang menghimpunkan perbualan berkaitan, arahan khusus dan dokumen rujukan ke dalam satu folder tersusun – sebagai contoh ‘otak AI’ dalam bentuk yang paling asas.

“Syarikat seharusnya memiliki ‘otak AI’ mereka sendiri yang boleh digunakan untuk mengendalikan syarikat dengan lebih produktif,” kata Azeem.

Beliau berkata, FMT kini sedang meneroka cara untuk menyusun pengetahuan institusi, penyelidikan dan kepakaran editorialnya supaya ia akhirnya dapat dimanfaatkan oleh sistem AI.

Bagaimanapun, sesebuah ‘otak AI’ itu hanya sehebat maklumat yang terkandung di dalamnya.

Penasihat Universiti Cambridge dan bekas pengarah urusan Founders di universiti tersebut, Gerard Grech berkata, set data proprietari boleh menjadi antara kelebihan daya saing terbesar dalam era AI.

Grech berkata, setiap syarikat memiliki maklumat yang tidak dimiliki oleh pesaing mereka, daripada cerapan pelanggan dan pengalaman operasi sehinggalah kepada penyelidikan dan kepakaran industri.

Apabila pengetahuan ini disusun dan dihubungkan dengan AI, ia boleh memberikan kelebihan daya saing yang hebat.

Beliau berkata, syarikat yang memiliki ‘otak AI’ terbaik bukan semestinya mereka yang mempunyai teknologi terbaik, tetapi yang mempunyai pengetahuan dan data terbaik.

Beliau juga berkata, pembangunan ‘otak AI’ pada skala besar akan memerlukan lebih daripada sekadar perisian dan data, lantas menggesa lebih banyak pelaburan dalam kapasiti pengkomputeran dan infrastruktur AI.

Menyedari hakikat bahawa pusat data memerlukan jumlah tenaga elektrik yang besar sejajar dengan peningkatan permintaan untuk kuasa pengkomputeran, Grech berkata, kerajaan di seluruh dunia kini semakin menumpukan pada sumber tenaga boleh baharu dan bersih untuk menyokong pertumbuhan infrastruktur AI.

Ahli panel berkata, cabaran bagi syarikat dan kerajaan kini bukan lagi sama ada mereka harus menggunakan AI, tetapi seberapa cepat mereka boleh membangunkan pengetahuan, data, infrastruktur dan kapasiti tenaga yang diperlukan untuk menjana ‘otak AI’.

Piyasa Fırsatı
Gensyn Logosu
Gensyn Fiyatı(AI)
$0.02801
$0.02801$0.02801
+0.28%
USD
Gensyn (AI) Canlı Fiyat Grafiği

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen [email protected] ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage