Pengerusi PN berkata gabungan itu mahu sokongan berdasarkan keupayaan, integriti, dan komitmen.Pengerusi PN berkata gabungan itu mahu sokongan berdasarkan keupayaan, integriti, dan komitmen.

Dr Sam rayu pengundi India sokong MIPP

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
samsuri mokhtarPengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sumbangan masyarakat India tidak seharusnya hanya dikenang sebagai sebahagian sejarah, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui peluang lebih baik.(Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) merayu pengundi India Johor menyokong calon gabungan itu esok sambil menekankan sokongan dibuat bukan berdasarkan kaum, tetapi keupayaan dan komitmen berkhidmat.

Pengerusi Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata masyarakat India telah memberikan sumbangan besar kepada Johor dan Malaysia dalam pelbagai sektor, termasuk perladangan, industri, pendidikan, penjagaan kesihatan, kejuruteraan, perniagaan, dan perkhidmatan awam.

Katanya, sumbangan tersebut tidak seharusnya hanya dikenang sebagai sebahagian sejarah, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui peluang lebih baik pada masa hadapan.

“Masyarakat India Johor dan Malaysia telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan negeri dan negara. Mereka sentiasa menjadi sebahagian kekuatan Malaysia,” katanya yang lebih dikenali Dr Sam  dalam video di Facebook.

Samsuri berkata, PN percaya setiap rakyat Malaysia berhak mendapat layanan adil, selain merayu pengundi India menyokong calon Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) pada PRN esok.

“PN tidak meminta sokongan berdasarkan kaum. Kami memohon sokongan berdasarkan keupayaan, integiriti, dan komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Saya dengan rendah diri memohon sokongan dan kepercayaan masyarakat India Johor memberi undi kepada calon PN dari MIPP,” katanya.

MIPP membuat penampilan sulung pilihan raya di bawah PN pada PRN Johor dengan bertanding lima DUN .

Parti itu mempertaruhkan M Lina Manoh di Bukit Permai, D Jeevakumar (Paloh), S Anna Pravina (Kota Iskandar), Dr A Ariventharan (Pemanis), dan T Vela (Permas).

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Activate to Enjoy Special Perks

Activate to Enjoy Special PerksActivate to Enjoy Special Perks

Access 0 fees, premium support, and loss coverage.