Bekas timbalan menteri pendidikan tinggi itu berkata universiti tidak wajar mengambil tindakan terhadap pelajar kerana suara pandangan isu masyarakat.Bekas timbalan menteri pendidikan tinggi itu berkata universiti tidak wajar mengambil tindakan terhadap pelajar kerana suara pandangan isu masyarakat.

Jangan sekat mahasiswa, ramai pemimpin dulu pun aktivis, kata Saifuddin

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Saifuddin AbdullahSaifuddin Abdullah kecewa dengan pentadbiran universiti yang masih di takuk lama dengan menghalang aktivisme mahasiswa.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah menggesa universiti tidak menyekat aktivisme mahasiswa, sambil mengingatkan ramai pemimpin politik dan tokoh masyarakat hari ini juga pernah melalui jalan sama.

Bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim antara tokoh pernah aktif sebagai aktivis mahasiswa selain beberapa menteri, timbalan menteri, wakil rakyat dan ahli politik.

Justeru, setiausaha agung Parti Wawasan Negara (Wawasan) itu menegaskan tidak wajar mahasiswa hari ini dikenakan tindakan hanya kerana menyuarakan pandangan atau mengambil bahagian dalam isu masyarakat.

“Dasar-dasar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini progresif. Begitu juga ‘Cadangan Reformasi Pendidikan’ Perikatan Nasional (PN).

“Antara lain, PN berbicara tentang kecemerlangan dan kebebasan akademik serta gerakan dan perjuangan mahasiswa (idealisme, aktivisme dan intelektualismenya).

“Kerana itu saya tersirap apabila ada universiti yang masih di takuk lama,” tulisnya di ruangan ‘Merentas Ruang’ diterbitkan Sinar Harian.

Saifuddin sebelum ini mendesak Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghentikan prosiding tatatertib terhadap dua aktivis pelajar yang terlibat dalam satu protes di Kudat dan rancangan perhimpunan antirasuah di negeri itu.

Pelajar terbabit adalah Fidaa’ Ahmad Fahmi dan Abdul Qayyum Ilham Zulizrul.

Saifuddin juga menegaskan aktivisme mahasiswa perlu diraikan bukannya dimatikan kerana berjuang menegakkan kebenaran serta keadilan.

Beliau turut mengimbau semula pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) ketika beliau menjadi timbalan menteri pendidikan tinggi

“Auku yang drakonian itu telah dipinda sejak 2012, semasa saya timbalan menteri KPT. Kerajaan telah mengizinkan mahasiswa menyertai politik.

“Mahasiswa Universiti Malaya P Prabakaran bertanding PRU14 di kawasan Parlimen Batu dan menang,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00001621
$0.00001621$0.00001621
-2.64%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs