Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan seiring usaha memastikan setiap isi rumah di Johor menikmati bekalan air bersih tanpaSetiausaha Agung Bersatu Azmin Ali berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan seiring usaha memastikan setiap isi rumah di Johor menikmati bekalan air bersih tanpa

Azmin saran skim air percuma jika PN menang PRN Johor

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Mohamed Azmin AliSetiausaha Agung Bersatu Azmin Ali berkata pengalamannya mentadbir Selangor membuktikan inisiatif air percuma boleh dilaksanakan di Johor, jika kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat.

SIMPANG RENGGAM: Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali mencadangkan pemberian air percuma kepada rakyat Johor, jika Perikatan Nasional (PN) diberi mandat mentadbir negeri itu pada PRN Sabtu ini.

Katanya, langkah itu wajar dipertimbangkan seiring usaha memastikan setiap isi rumah di Johor menikmati bekalan air bersih tanpa gangguan.

“Saya sudah sebulan berada di negeri Johor. Setiap daerah telah saya jelajah dan saya masih mendengar rungutan rakyat dalam pelbagai masalah.

“Pertama, masalah bekalan air. Banyak daerah, banyak kampung bekalan air terputus. Ada yang dicatu. Saya berada dua kali di Sedili, mereka melaporkan tiga bulan berturut-turut tidak ada bekalan air,” katanya ketika berucap pada program Rapat Rakyat Layang-layang di Kampung Chokro, di sini, malam tadi.

Azmin yang juga bekas menteri besar Selangor berkata, pengalaman mentadbir negeri itu membuktikan inisiatif air percuma boleh dilaksanakan, sekiranya kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat.

Jelasnya, wakil rakyat PN di Johor perlu mendesak kerajaan negeri memastikan isu bekalan air diselesaikan demi kepentingan rakyat.

“Kalau saya boleh buat, saya yakin tokoh kita, Abdul Mutalip (Abd Rahim) akan bersuara dalam Dewan Undangan Negeri Johor.

“Siapa juga yang membentuk kerajaan, pastikan bekalan air bersih mesti dibekalkan kepada setiap isi rumah, setiap daerah, setiap kampung di negeri Johor dan sebaik-baiknya beri air percuma kepada bangsa Johor.”

PN mempertaruhkan Mutalip di DUN Layang-layang bagi mencabar calon Barisan Nasional, Chua Jian Boon dan Guna Balakrishnan (Pakatan Harapan) pada PRN Sabtu ini.

Market Opportunity
ALI Logo
ALI Price(ALI)
$0.001116
$0.001116$0.001116
-9.63%
USD
ALI (ALI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs