Perjalanan Alice Tan Hui Yi menonjolkan kepentingan pembelajaran berasaskan pengalaman dan pendedahan di peringkat global.Perjalanan Alice Tan Hui Yi menonjolkan kepentingan pembelajaran berasaskan pengalaman dan pendedahan di peringkat global.

Mentakrif semula kesiapsiagaan kerjaya melalui pembelajaran berasaskan kerja

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
seedAlice Tan Hui Yi (barisan hadapan, tiga kanan) bersama rakan sekerja ketika di SEEd.Lab. (Gambar Taylor’s University)

PETALING JAYA: Sebelum menamatkan pengajiannya, Alice Tan Hui Yi, 23, telah pun memulakan kerjayanya di sebuah syarikat peneraju global dalam perkhidmatan teknologi maklumat, perundingan dan penyelesaian perniagaan.

Penempatan universiti yang pada mulanya dijalani akhirnya membawa kepada pekerjaan tetap, mencerminkan bukan sahaja pencapaian akademiknya, malah keyakinan diri dan kematangan yang dibina melalui pendedahan industri secara berterusan.

Kini, Alice berkhidmat sebagai eksekutif pemasaran serantau yang bertanggungjawab mengurus pelbagai inisiatif merentas pasaran di rantau di Asia Pasifik.

Perjalanannya dari universiti ke alam pekerjaan dibantu oleh komponen Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) ketika menuntut program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) dalam Hubungan Antarabangsa di Taylor’s University.

Dalam tempoh setahun, Alice menjalani latihan praktikal di SEEd.Lab (Social Enterprise Education Lab) selama tujuh bulan.

Dia kemudian bekerja selama lima bulan di sebuah syarikat IT global dalam perkhidmatan teknologi maklumat, perundingan dan penyelesaian perniagaan, sebelum menerima tawaran jawatan tetap.

“Apabila program pembelajaran digabungkan dengan pengalaman sebenar di tempat kerja, saya bukan sahaja dapat menyumbang idea secara aktif, malah membuat keputusan dan juga menguruskan projek tertentu,” kata Alice.

Andrea Passeri.

Menurut Pengarah Program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) dalam Hubungan Antarabangsa Taylor’s University, Andrea Passeri, WBL direka untuk memberikan pelajar pendedahan secukupnya dalam sesebuah organisasi. Ini membolehkan mereka menyumbang kepada projek sebenar sambil membina keyakinan diri sebelum menempuh alam pekerjaan.

Program itu disokong oleh kurikulum yang merangkumi bidang seperti dasar luar, undang-undang antarabangsa, ekonomi politik global, dan penyelesaian konflik. Melalui penilaian seperti penyediaan ringkasan dasar dan projek berasaskan situasi sebenar, pelajar dapat mengasah kemahiran berfikir secara strategik, berunding serta berkomunikasi merentasi budaya.

Membina kemahiran kritikal

Program hubungan antarabangsa di Taylor’s University menggabungkan pembelajaran secara teori dan praktikal.

Pelajar digalakkan untuk menilai isu-isu global secara kritis, mencabar andaian sedia ada serta memahami faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar dan sesuatu keputusan dibuat.

Bagi Alice, subjek falsafah politik memainkan peranan penting dalam membentuk perspektif dan pendekatan profesionalnya.

“Subjek ini menyedarkan saya bahawa kebanyakan teori atau rangka kerja yang kita pelajari dalam pelbagai bidang berasal daripada pemikiran manusia juga,” katanya.

Perspektif ini membimbing Alice untuk menilai maklumat baharu dan menangani cabaran dalam konteks korporat, berbanding hanya menerima idea secara pasif.

Memupuk minda global

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk merasai persekitaran pembelajaran global melalui program pertukaran pelajar, kerjasama antarabangsa, dan pendedahan kepada masyarakat pelbagai budaya.

Melalui program seperti ‘Distinguished Diplomat Series’, pelajar memperoleh pandangan dunia sebenar melalui penglibatan langsung dengan pemimpin dan penggubal dasar.

Bagi Alice, pengalaman belajar selama satu semester di Universiti Seoul, Korea Selatan pada tahun kedua menjadi titik perubahan yang bermakna dalam kehidupannya.

Selain pendedahan budaya, pengalaman itu meluaskan pandangannya dan memperkukuh pemahamannya mengenai pengaruh budaya dalam membentuk perspektif dan interaksi manusia.

“Pengalaman dan refleksi diri yang saya lalui ketika itu terus membentuk diri saya sehingga hari ini,” katanya.

Daripada pertukaran semester di Korea Selatan (kiri) sehingga menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) dalam Hubungan Antarabangsa (kanan), Alice memperoleh pemahaman lebih mendalam tentang kepelbagaian budaya dan perspektif global. (Gambar Taylor’s University)

Hasil kerjaya global

Kurikulum inovatif dan kerjasama industri yang kukuh menjadikan graduan program ini mempunyai tahap daya saing tinggi dalam pelbagai bidang kerjaya.

Antaranya sebagai penganalisis politik, penyelidik badan pemikir, usahawan, serta kakitangan profesional syarikat multinasional dan industri global.

Keadaan ini mencerminkan permintaan semakin meningkat terhadap tenaga profesional yang mempunyai pemahaman kukuh mengenai isu dan perkembangan antarabangsa merentasi pelbagai industri.

Bagi Alice, pengalaman itu mempersiapkan dirinya untuk menghadapi dunia sebenar, membolehkannya menyesuaikan diri dan menyumbang secara berkesan dalam persekitaran korporat.

Program WBL yang menggabungkan pembelajaran akademik dan pendedahan industri terbukti melahirkan graduan yang berkemampuan mengendalikan tugasan kompleks.

Ketahui lebih lanjut mengenai program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) dalam Hubungan Antarabangsa di Taylor’s University di sini.

Market Opportunity
My Neighbor Alice Logo
My Neighbor Alice Price(ALICE)
$0.12174
$0.12174$0.12174
+1.59%
USD
My Neighbor Alice (ALICE) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs