Pegawai Petros berkata bekas pengurus Petronas Khairul Akmal Jasni mohon kerja dengan Petros beberapa bulan sebelum dia didakwa dedah dokumen sulit syarikat.Pegawai Petros berkata bekas pengurus Petronas Khairul Akmal Jasni mohon kerja dengan Petros beberapa bulan sebelum dia didakwa dedah dokumen sulit syarikat.

Pegawai HR Petros sahkan akaun e-mel CEO, CFO di mahkamah

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Mahkamah KLPerbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Mazuliana Abdul Rashid bersambung esok.

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai sumber manusia (HR) Petros mengesahkan di Mahkamah Sesyen hari ini bahawa dua nama pengguna e-mel iaitu ‘azha.jalil’ dan ‘janin.girie’ masing-masing kepunyaan ketua pegawai kewangan (CFO) dan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat tersebut.

Nurul Qurratu Aini Laila Junaidi, 39, memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ketiga dalam perbicaraan bekas pengurus Petronas, Khairul Akmal Jasni, 41, yang didakwa cuba mendedahkan dokumen ‘Q1 2024 Upstream Business Performance – Operational and Financial’ kepada Petros pada 8 Jun 2024.

Nurul Qurratu Aini memberitahu mahkamah, beliau telah mengenal pasti pengguna tersebut melalui maklumat di dalam sistem e-mel rasmi syarikat.

“Saya tahu bahawa alamat e-mel itu milik CFO Azha Jalil Abdul Jalil dan Janin Girie, iaitu CEO syarikat,” katanya.

Terdahulu, mahkamah mendengar keterangan daripada saksi pendakwaan pertama, bekas pengurus perhubungan perusahaan Petronas Jumsuri Basri, bahawa Khairul telah menghantar dokumen sulit itu dari akaun e-mel kerjanya ke kedua-dua alamat tersebut.

Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Radzuan, Nurul Qurratu Aini mengesahkan bahawa polis telah memintanya untuk mengesahkan pemilikan kedua-dua akaun e-mel itu semasa siasatan.

Noor Syafina: Apa yang mereka minta daripada kamu?

Nurul Qurratu Aini: (Mereka minta) saya sahkan butiran pemilik nama pengguna e-emel ‘azha.jalil’ dan ‘janin.girie’.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa jabatan keselamatan Petros seterusnya menyerahkan butiran pengguna e-mel tersebut, serta nombor MyKad dan jawatan mereka, kepada polis Dang Wangi.

Khairul mohon kerja dengan Petros

Dalam prosiding sama, Nurul Qurratu Aini mengesahkan bahawa Khairul telah memohon pekerjaan melalui laman web Petros pada 24 Jan 2024 bagi jawatan ketua kewangan huluan, kira-kira lima bulan sebelum dia didakwa cuba membocorkan dokumen tersebut kepada syarikat itu.

Menurutnya, susulan temu duga yang dihadiri oleh panel termasuk Azha Jalil dan Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Sarawak Abang Arabi Narudin, beliau telah menghubungi Khairul melalui telefon dan e-mel pada 27 Mac 2024 untuk menawarkan jawatan tersebut dengan gaji bulanan RM25,000.

Khairul bagaimanapun menolak tawaran itu kerana ia tidak mencapai gaji yang diharapkannya.

“Khairul meminta (gaji) RM37,000 sebulan. Petros tidak dapat memenuhi permintaan itu dan mengekalkan tawaran asal RM25,000. Selepas dia menolak tawaran itu, Petros tidak membuat sebarang tawaran balas,” katanya.

Semasa pemeriksaan balas, peguam bela Louis Liaw bertanya kepada Nurul Qurratu Aini sama ada Petros pernah meminta dokumen sulit daripada pemohon kerja.

Liaw: Adakah Petros meminta dokumen sulit tersebut daripada Khairul?

Nurul Qurratu Aini: Itu di luar pengetahuan saya.

Liaw: Sepanjang masa kamu bersama Petros, pernahkah berlaku insiden di mana Petros meminta dokumen sulit daripada calon pekerja?

Nurul Qurratu Aini: Tidak.

Liaw: Pernahkah berlaku kes di mana calon menerima tawaran yang lebih baik selepas membekalkan dokumen sulit kepada Petros?

Nurul Qurratu Aini: Itu di luar pengetahuan saya.

Khairul didakwa cuba mendedahkan dokumen tersebut, yang didakwa diperolehinya semasa menjalankan tugas di Petronas, kepada Petros. Kesalahan itu didakwa dilakukan di B-6-10, Marc Service Residence, Jalan Pinang, Dang Wangi, antara 3.19 petang dan 3.21 petang pada 8 Jun 2024.

Dia didakwa mengikut Seksyen 203A(1) dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda minimum RM1 juta, penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid bersambung esok.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs