Mohd Hasfyanizam Mansor dan rakannya Mohamad Fazley Jaafar masing-masing turut didenda RM5,000.Mohd Hasfyanizam Mansor dan rakannya Mohamad Fazley Jaafar masing-masing turut didenda RM5,000.

Guru, buruh dipenjara 8 tahun kerana perdagang wanita untuk eksploitasi seks

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Hasfyanizam Mansor and Fazley JaafarMohd Hasfyanizam Mansor, 50, dan rakannya Mohamad Fazley Jaafar, 31, didapati bersalah perdagang seorang wanita bagi tujuan eksploitasi seks dua tahun lepas. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang guru dan rakannya masing-masing dipenjara lapan tahun serta didenda RM5,000 hari ini selepas didapati bersalah memperdagangkan seorang wanita bagi tujuan eksploitasi seks dua tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hasfyanizam Mansor, 50, dan rakannya Mohamad Fazley Jaafar, 31, yang bekerja sebagai buruh pada akhir kes pembelaan hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-duanya dipenjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda, lapor Bernama.

Kedua-dua mereka didakwa memperdagangkan seorang wanita tempatan berusia 29 tahun bagi tujuan eksploitasi seks dengan cara menyalahgunakan kedudukan mangsa yang mudah terdedah kepada bahaya perbuatan pemerdagangan orang.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kondominium di Jalan Sultan Omar pada 2.35 pagi 11 Mac 2024, mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, peguam Mohd Shahir Mat Jusoh yang mewakili tertuduh memohon hukuman yang minimum dengan alasan kedua-dua anak guamnya merupakan ketua keluarga dan menanggung keluarga masing-masing.

Selain itu, katanya, hukuman berat akan memberi kesan kepada ahli keluarga mereka, terutamanya anak-anak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Hafizudin Manjur Ahmad memohon hukuman berat dan setimpal dikenakan dengan mengambil kira Mohd Hasfyanizam seorang guru sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat, sebaliknya terlibat dalam perbuatan jenayah itu.

“Pihak pendakwaan berharap agar hukuman berat dijatuhkan kepada kedua-dua tertuduh agar mereka dapat berfikir, bermuhasabah dan menjadikan hukuman tersebut sebagai titik tolak untuk mereka berubah menjadi insan yang lebih baik dan berguna kepada masyarakat pada masa hadapan,” katanya.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Mohd Zul Zakiqudin berkata, mahkamah berharap hukuman yang dikenakan itu dapat menginsafkan kedua-dua tertuduh.

Pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noradila Abdul Latif.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs