Lim Lip Eng berkata siasatan telus perlu bagi menjawab persoalan seperti punca sebenar kematian.Lim Lip Eng berkata siasatan telus perlu bagi menjawab persoalan seperti punca sebenar kematian.

Siasat kematian Faizal dalam tahanan, gesa Ahli Parlimen

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Faizal AbdullahFaizal Abdullah dilaporkan meninggal dunia pada 20 Jun lalu.

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen kerajaan menggesa polis dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kematian Faizal Abdullah ketika dalam tahanan Penjara Seremban pada 20 Jun lalu.

Lim Lip Eng (PH-Kepong) berkata kes itu menimbulkan persoalan serius dan perlu disiasat secara telus serta bebas, termasuk bagi menentukan sama ada terdapat unsur perbuatan khianat atau salah laku.

“Faizal direman di Penjara Seremban dan belum dituduh atas apa-apa kesalahan ketika meninggal dunia,” katanya ketika membahaskan laporan tahunan Suhakam 2024 di Dewan Rakyat.

Pada 29 Jun lalu, keluarga Faizal menuntut penjelasan selepas tahanan reman berusia 28 tahun itu meninggal dunia akibat punca yang masih belum dapat dipastikan.

Kakaknya, Rafeya Abdullah, 30, berkata keluarga masih tidak mengetahui rawatan yang diterima Faizal ketika berada dalam tahanan, sebab dia dihantar semula ke penjara dari hospital pada 4 Jun, serta lokasi sebenar kematiannya pada 20 Jun.

Beliau turut menunjukkan sijil kematian yang menyatakan punca kematian Faizal sebagai ‘belum dapat dipastikan’.

FMT sebelum ini melaporkan penderitaan Faizal berada dalam keadaan tenat ketika menunggu laporan kimia berkaitan satu kes dadah.

Dia didakwa pada 6 Feb lalu atas tiga pertuduhan berkaitan dadah melibatkan ganja dan methamphetamine.

Pada 11 April, Faizal dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, selepas kesihatannya merosot ketika masih dalam tahanan.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs