Perdana menteri sebelum ini berkata kerajaan sedang meneliti pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan 6, sama seperti dinikmati pelajar Program Matrikulasi.Perdana menteri sebelum ini berkata kerajaan sedang meneliti pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan 6, sama seperti dinikmati pelajar Program Matrikulasi.

Anwar bayang umum elaun pelajar Tingkatan 6 dalam Belanjawan 2027

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengumumkan berita baik berhubung pemberian elaun pelajar Tingkatan 6 pada Belanjawan 2027.

MUAR: Kerajaan memberi bayangan bahawa pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan 6 bakal diumumkan dalam pembentangan belanjawan akan datang.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagaimanapun enggan memperincikan perkara itu ketika ini kerana menghormati peraturan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) semasa kempen PRN Johor yang sedang berlangsung.

Katanya, cadangan berhubung perkara itu telah dibangkitkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam mesyuarat Jemaah Menteri sebelum ini.

“Saya tak boleh umum lebih daripada itu di Johor kerana ia melanggar peraturan pilihan raya. Tetapi perkara ini telah diangkat oleh menteri pendidikan dalam mesyuarat Kabinet beberapa ketika dulu.

“Saya kata tunggu semasa Belanjawan 2027, saya umumkan berita yang baik,” katanya ketika diajukan soalan berhubung kesediaan kerajaan memberi elaun kepada pelajar STPM pada sesi soal jawab Program ‘Temu Anwar Johor Kedepan’ di Muar.

April lalu, Anwar berkata kerajaan sedang meneliti pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan 6, sama seperti yang dinikmati pelajar Program Matrikulasi.

Beliau berkata, perkara itu selari dengan langkah pengambilalihan sistem pendidikan prauniversiti membabitkan pelajar Tingkatan 6 dan Matrikulasi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menjawab mengenai usaha mengurangkan jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar, Anwar berkata beliau sudah mengusulkan cadangan baharu kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengatasi masalah itu.

“Setiap daerah mulai sekarang akan memilih 10 sekolah rendah, 10 sekolah menengah di seluruh Malaysia sebagai ujian bagaimana kita boleh berikan tumpuan untuk meningkatkan mutu pendidikan. Itu permulaan walaupun ada cara lain yang KPM sedang selenggarakan.

“Semua syarikat besar yang mendapat keuntungan besar, saya minta untuk mengambil sekolah angkat, sekolah rendah dan sekolah menengah angkat untuk bantu, memberi serta menambah kemudahan supaya diangkat martabat dan mutu pendidikan,” katanya.

Tambahnya, KPM akan melakukan pemantauan, manakala Kementerian Kewangan (MOF) melakukan penyelarasan dengan syarikat gergasi di Malaysia.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs