Pekerja kolej itu ada rekod jenayah amang seksual terhadap kanak-kanak.Pekerja kolej itu ada rekod jenayah amang seksual terhadap kanak-kanak.

Lelaki diburu disyaki liwat, cabul pelajar

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Sarudin SamahKetua Polis Shah Alam Sarudin Samah, berkata suspek dipercayai cabul seorang pelajar di tandas asrama kolej, manakala seorang lagi diliwat ketika berada di rumah suspek. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Pekerja kolej yang mempunyai sejarah jenayah lampau amang seksual kanak-kanak diburu kerana disyaki meliwat dan mencabul dua pelajar, di Shah Alam.

Ketua Polis Shah Alam Sarudin Samah, berkata pihaknya menerima laporan daripada dua remaja lelaki 15 tahun yang juga pelajar sebuah kolej di sekitar Glenmarie, melibatkan seorang individu dipercayai pekerja kolej itu, semalam.

“Mangsa pertama mengatakan telah dicabul ketika berada di tandas asrama kolej, manakala seorang lagi mangsa mendakwa diliwat ketika berada di rumah suspek yang sama di Seksyen 18, Shah Alam.

“Suspek telah dikenal pasti dan dipercayai warga tempatan berusia 30-an. Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau kesalahan amang seksual terhadap kanak-kanak. Usaha mengesan dan menahan suspek sedang giat dijalankan,” katanya menurut Bernama.

Sarudin berkata, kes pertama disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, manakala satu lagi kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Susulan itu, beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian untuk menghubungi pegawai penyiasat jenayah, Mohd Razi Sahari menerusi talian 019-5717076 dan Muhamad Zamri Abdul Rahman melalui talian 0111-6652402.

Market Opportunity
Cardano Logo
Cardano Price(ADA)
$0,1777
$0,1777$0,1777
+2,36%
USD
Cardano (ADA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.
Tags: