Mangsa, Mohamed Sharif Mohamed Ali yang memandu Perodua Alza disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah.Mangsa, Mohamed Sharif Mohamed Ali yang memandu Perodua Alza disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah.

Pegawai AADK maut kereta dirempuh pemandu positif dadah

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Kenderaan dipandu suspek positif dadah yang remuk selepas merempuh Perodua Alza Mohamed Sharif Mohamed Ali, 37, dalam kejadian di Kilometer 18 Jalan Temerloh-Bahau pagi tadi. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Seorang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) maut selepas kereta dipandu dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah yang dipercayai hilang kawalan dalam kejadian di Bera, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohamed Sharif Mohamed Ali, 37, yang memandu Perodua Alza disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah, dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi di Kilometer 18 Jalan Temerloh-Bahau itu.

Ketua Polis Bera, Zulkiflee Nazir, berkata polis telah menahan pemandu MPV Toyota Alphard berusia 29 tahun terbabit apabila didapati positif dadah selepas hasil ujian saringan air kencingnya.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku kenderaan dipandu suspek dari arah Kuala Lumpur menghala ke Triang dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh.

“Kenderaan itu kemudian memasuki laluan bertentangan dan merempuh Perodua Alza dipandu mangsa hingga menyebabkannya terbabas ke bahu jalan.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu Toyota Alphard cedera pada kaki.

“Turut mengalami kecederaan ialah penumpang belakang kenderaan itu membabitkan lelaki berusia 25 tahun,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bera untuk dibedah siasat.

“Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Market Opportunity
ALI Logo
ALI Price(ALI)
$0.001303
$0.001303$0.001303
-2.97%
USD
ALI (ALI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.