Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa semakan kehakiman itu difailkan di luar tempoh masa dan tidak mempunyai merit.Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa semakan kehakiman itu difailkan di luar tempoh masa dan tidak mempunyai merit.

Mahkamah tolak rayuan nelayan, NGO terhadap projek tambakan P Pinang

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Court of Appeal Mahkamah rayuanMahkamah Rayuan memutuskan bahawa pemohon sepatutnya memfailkan semakan kehakiman mereka sebelum 1 Disember 2023, namun hanya berbuat demikian pada 29 Disember 2023.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan oleh tujuh nelayan dan dua kumpulan alam sekitar yang mahu membatalkan kebenaran perancangan yang diberikan untuk projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Azimah Omar serta Hakim Mahkamah Rayuan Wong Kian Kheong dan Ismail Brahim sebulat suara menolak rayuan tersebut.

Wong yang menyampaikan keputusan mahkamah berkata permohonan itu difailkan di luar tempoh masa yang ditetapkan.

Mahkamah memutuskan bahawa pemohon sepatutnya memfailkan semakan kehakiman sebelum 1 Disember 2023, namun hanya berbuat demikian pada 29 Disember 2023.

Rayuan itu dikemukakan nelayan Zakaria Ismail, Ibrahim Che Rose, Azhar Najamudin, Ismail Ahmad, Shahril Rosli, Omar Hassan dan Ramdzan Ishak.

Dua NGO terbabit ialah Sahabat Alam Malaysia yang diwakili Setiausaha Kehormatnya Mageswari Sangaralingam dan Jaringan Ekologi dan Iklim yang diwakili Presidennya Khoo Salma.

Nelayan dan NGO itu mencabar kebenaran perancangan yang diberikan pada 21 Ogos 2023 oleh pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang kepada kerajaan negeri Pulau Pinang bagi projek yang dikenali sebagai Pulau Silikon.

Mereka berhujah bahawa projek tersebut akan menyebabkan kerosakan alam sekitar yang tidak boleh dipulihkan serta menjejaskan mata pencarian komuniti nelayan setempat.

Mereka juga mendakwa proses kelulusan telah melanggar peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 serta Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Antara dakwaan lain termasuk kegagalan mematuhi undang-undang perancangan bandar, kesilapan dalam rujukan projek, ketiadaan penilaian alam sekitar baharu serta pengabaian kesan projek terhadap alam sekitar dan pendapatan nelayan.

Nelayan dan NGO itu memohon supaya kebenaran perancangan tersebut dibatalkan, keputusan itu diketepikan, kawasan terlibat dipulihkan serta pampasan bagi kehilangan pendapatan diberikan.

Responden ialah pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, jawatankuasa perancang negeri, kerajaan negeri Pulau Pinang, SRS Consortium Sdn Bhd dan Silicon Island Development Sdn Bhd.

Kerajaan negeri berkata cabaran itu difailkan terlalu lewat kerana pemohon telah mengetahui tentang kebenaran perancangan itu pada 1 September 2023 dan sepatutnya ke mahkamah sebelum 1 Disember 2023.

Ia juga berkata kelulusan tersebut selaras dengan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 yang diwartakan pada 24 Oktober 2019 dan Mahkamah Tinggi di George Town mendapati tiada unsur tidak sah, tidak munasabah atau tidak adil dalam keputusan tersebut.

Peguam Thayalan Muniandy, Theiva Lingam, Jessica Ram Binwani dan A Lalith Kumar mewakili nelayan dan NGO.

Peguam Kanan Persekutuan Aliza Jamaluddin mewakili pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, manakala pegawai undang-undang kanan Charanjit Singh mewakili jawatankuasa perancang negeri dan kerajaan Pulau Pinang. Yeoh Cho Keong mewakili SRS Consortium dan Silicon Island Development.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.