Menggabungkan usaha enam GLC dan GLIC serta Petronas, inisiatif itu menyasarkan latihan dan peluang pekerjaan kepada 25,000 penerima manfaat menjelang 2027.Menggabungkan usaha enam GLC dan GLIC serta Petronas, inisiatif itu menyasarkan latihan dan peluang pekerjaan kepada 25,000 penerima manfaat menjelang 2027.

Kerajaan lancar Bakat Madani perkasa pembangunan bakat

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Amir Hamzah AzizanAmir Hamzah Azizan berkata Bakat Madani menyediakan laluan jelas kepada anak muda Malaysia, bermula daripada pendidikan, latihan, pensijilan hingga peluang pekerjaan. (Gambar MoF)

SEREMBAN: Hampir 8,000 anak muda menerima biasiswa bernilai RM250 juta setahun sepanjang lima tahun lalu menerusi program pembangunan bakat dikendalikan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Petronas, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.

Berucap pada pelancaran program pembangunan bakat Bakat Madani di Bandar Sri Sendayan, Amir berkata lebih 90% penerima biasiswa itu terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Katanya, Bakat Madani menghimpunkan usaha Petronas, GLIC dan GLC bagi menyediakan laluan lebih tersusun kepada anak muda Malaysia, bermula daripada pendidikan, latihan, pensijilan hingga peluang pekerjaan.

“Mereka kini berpeluang memilih laluan kerjaya yang mampu menjamin masa depan lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga,” katanya.

Turut hadir Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.

Selain Petronas, enam GLIC utama yang menyertai Bakat Madani ialah Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Permodalan Nasional Bhd (PNB), Lembaga Tabung Haji (TH) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Program itu menyasarkan penyediaan latihan kemahiran, peluang pekerjaan dan peningkatan mobiliti sosial kepada 25,000 penerima manfaat dari pertengahan 2026 hingga 2027.

Bakat Madani dibangunkan berasaskan tiga teras utama, iaitu menyediakan penempatan pekerjaan berkualiti dalam rangkaian Petronas, GLIC dan GLC; memperluas peluang kerja serta latihan dalam sektor bernilai tinggi dan berkembang pesat; serta memperkasa institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Ketua Pegawai Komunikasi Khazanah, Nasri Sallehuddin, berkata program pembangunan bakat Khazanah, K-Youth, sudah melatih 35,000 belia sejak diperkenalkan pada 2023.

“Khazanah dan syarikat berkaitannya berharap dapat menyumbang 15,000 lagi pelatih kepada sasaran 25,000 peserta Bakat Madani menjelang 2027,” katanya kepada pemberita di luar majlis pelancaran.

Nasri turut berharap lebih ramai ibu bapa yakin terhadap TVET, sambil berkata graduan bidang itu mempunyai kemahiran sesuai untuk membina kerjaya dalam sektor seperti semikonduktor. “Dahulu, ibu bapa mahu anak mereka memasuki aliran sains. Dengan program seperti Bakat Madani, kita dapat lihat anak-anak kita kini mempunyai peluang lebih baik dalam bidang teknikal berbanding sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TH Mustakim Mohamad berkata beliau mahu anak muda Malaysia dan ibu bapa memahami bahawa kerjaya teknikal dan vokasional juga boleh menjadi pilihan utama pekerjaan.

Katanya, TH hari ini turut melancarkan program Daya Insani, yang bertujuan melengkapkan asnaf dan anak yatim dengan kemahiran vokasional.

Mustakim berkata peserta Daya Insani akan dibantu mendapatkan penempatan kerja melalui rakan strategik TH, termasuk syarikat di Kulim Hi-Tech Park, Kedah, dan hospital di bawah KMI Healthcare.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.