Dr Zulkafperi Hanapi gesa KDN tingkat bajet operasi Unit Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11).Dr Zulkafperi Hanapi gesa KDN tingkat bajet operasi Unit Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11).

Kekang pemangsa seksual, Ahli Parlimen gesa tambah bajet forensik digital polis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
hacker scammerDr Zulkafperi Hanapi bimbang dengan taktik pemangsa yang semakin radikal di dunia alam maya.

KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat mahu keupayaan forensik digital polis diperkasakan melalui peruntukan bajet tambahan bagi mendepani ancaman pemangsa seksual kanak-kanak yang semakin bijak memanipulasi teknologi.

Dr Zulkafperi Hanapi (Bebas-Tanjong Karang) berkata undang-undang siber yang tegas tidak akan membawa makna sekiranya agensi penguatkuasaan tidak dilengkapi dengan instrumen teknologi yang ‘pintar’.

Justeru beliau menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) meningkatkan bajet operasi Unit Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) bagi mempertingkatkan infrastruktur forensik digital pasukan tersebut.

“Undang-undang yang tegas tanpa penguatkuasaan yang pintar adalah sia-sia belaka.

“Kita memerlukan sistem amaran awal digital dan kerjasama erat dengan penyedia platform antarabangsa untuk menurunkan kandungan toksik ini dengan serta-merta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Zulkafperi turut memberikan amaran perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan aplikasi deepfake pada masa kini bukan lagi sekadar fiksyen sains, sebaliknya menjadi realiti menakutkan bagi keselamatan kanak-kanak.

Menurutnya, taktik pemangsa kini berubah secara radikal di mana mereka tidak lagi perlu berada secara fizikal bersama mangsa untuk mencabuli maruah golongan berkenaan.

“Cukup sekadar sekeping gambar biasa beruniform sekolah yang dimuat naik di media sosial, teknologi AI mampu mengubahnya menjadi kandungan pornografi kanak-kanak dalam masa beberapa saat,”katanya.

Tambahnya, pemangsa kini semakin licik menyamar sebagai rakan sebaya dalam platform permainan video dalam talian, aplikasi penstriman dan bilik sembang peribadi untuk melakukan grooming seksual.

Zulkafperi berkata, proses jenayah ini bermula dengan membina kepercayaan dan memanipulasi emosi mangsa, sebelum menjerat mereka ke kancah eksploitasi fizikal.

Berdasarkan naskhah RUU itu, pindaan berkenaan akan meluaskan skop pemakaian Akta 792 terhadap mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan Malaysia, melibatkan kesalahan yang dilakukan di luar negara.

Di bawah Seksyen 3 RUU itu, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap warganegara, pemastautin tetap, atau individu yang menetap di Malaysia jika mereka melakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak di luar negara. Kesalahan itu akan dibicarakan seolah-olah ia dilakukan di dalam negara.

Tindakan sama turut terpakai terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan seksual di luar negara, sekiranya mangsa kanak-kanak terlibat adalah warganegara, pemastautin tetap, atau menetap di Malaysia.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.