Lebih 700 usahawan India seluruh negara disasar menerima manfaat menerusi program Mitra itu yang dibuka untuk permohonan mulai hari ini hingga 13 Julai.Lebih 700 usahawan India seluruh negara disasar menerima manfaat menerusi program Mitra itu yang dibuka untuk permohonan mulai hari ini hingga 13 Julai.

Geran Uyarvu Madani tawar hingga RM50,000 untuk usahawan India

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
R Ramanan berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim komited melahirkan lebih ramai usahawan berdaya saing.

PETALING JAYA: Lebih 700 usahawan India di seluruh negara berpeluang menerima geran sehingga RM50,000 menerusi Program Geran Uyarvu Madani yang dilancarkan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) hari ini.

Program itu dilaksanakan kerajaan bagi memperkukuh penyertaan masyarakat India dalam ekosistem keusahawanan negara, selain membantu perniagaan berpotensi berkembang ke tahap lebih tinggi.

Menteri Sumber Manusia R Ramanan berkata inisiatif itu membuktikan komitmen kerajaan bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk melahirkan lebih ramai usahawan berdaya saing.

Katanya, bantuan itu bukan sekadar sokongan kewangan, tetapi pemangkin kepada pertumbuhan perniagaan yang lebih mampan.

“Kerajaan mahu melihat lebih ramai usahawan India bukan sahaja memulakan perniagaan, tetapi mengembangkannya menjadi perusahaan yang kukuh, berdaya saing dan mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada komuniti,” katanya.

Ramanan berkata, program itu juga selari dengan aspirasi kerangka Ekonomi Madani yang menekankan peningkatan pendapatan, pengembangan perniagaan dan penciptaan pekerjaan berkualiti.

Ketua Pengarah Mitra N Raveendran berkata struktur geran itu dirangka supaya bantuan dapat disalurkan secara lebih berkesan mengikut tahap perkembangan perniagaan.

Katanya, terdapat tiga kategori pembiayaan iaitu Mikro dengan geran sehingga RM20,000, Pertumbuhan sehingga RM35,000 dan Tinggi sehingga RM50,000.

Beliau berkata, pembiayaan itu bertujuan membantu usahawan memperkukuh operasi, meningkatkan produktiviti dan menambah daya saing perniagaan masing-masing.

Permohonan Program Geran Uyarvu Madani dibuka mulai hari ini dan akan ditutup pada 5 petang, 31 Julai depan.

Pemohon perlu terdiri daripada warganegara Malaysia berketurunan India, berusia antara 21 hingga 55 tahun dan mempunyai pendaftaran perniagaan sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Maklumat lanjut mengenai garis panduan permohonan boleh diperoleh menerusi portal rasmi Mitra atau talian bantuan program di 03-8892 3438, 03-8886 6197, 03-8886 6013, 03-8871 1127 atau 03-8886 6221.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.