Chan Kin Yean didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan Chan Kim Seong menggunakan sebilah parang pada 21 Jun lalu.Chan Kin Yean didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan Chan Kim Seong menggunakan sebilah parang pada 21 Jun lalu.

Lelaki mengaku tak salah tetak abang kandung guna parang

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
mahkamah majistret georgetownTertuduh, Chan Kin Yean, 62, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Georgetown hari ini atas pertuduhan mencederakan abang kandungnya menggunakan parang. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Georgetown hari ini atas pertuduhan mencederakan abang kandungnya menggunakan parang di Paya Terubong, minggu lepas.

Tertuduh, Chan Kin Yean, 62, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Tunku Intan Nadiah Tunku Mohammed Nazarin, menurut Harian Metro.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan Chan Kim Seong, 65, menggunakan sebilah parang berukuran 48 sentimeter yang jika digunakan sebagai senjata, berkemungkinan boleh menyebabkan kecederaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pondok dalam sebuah kebun di Lot 71, Mukim 14, Jalan Paya Terubong di sini, kira-kira 3.30 petang, 21 Jun lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun, atau denda, atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

Oleh kerana pertuduhan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan, tempoh hukuman penjara boleh digandakan sehingga dua kali ganda daripada tempoh maksimum yang memperuntukkan kesalahan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Marissa Safina Saiful Adli mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Cheah Eng Soon daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Siti Marissa Safina memohon mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 bersama syarat tambahan tertuduh tidak menganggu mangsa dan saksi kes.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 17 Ogos.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.