Presiden AS berkata operasi itu boleh dilakukan selepas tentera AS 'memusnahkan' radar dan sistem pertahanan Iran sebelum konflik tercetus.Presiden AS berkata operasi itu boleh dilakukan selepas tentera AS 'memusnahkan' radar dan sistem pertahanan Iran sebelum konflik tercetus.

AS secara senyap iring 87 kapal tangki lalui Hormuz, kata Trump

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Strait of HormuzPresiden AS Donald Trump berkata selama lebih sebulan, ‘tiada siapa tahu’ minyak diangkut melalui Selat Hormuz berasal dari mana. (Gambar AFP)

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata Washington secara senyap menggerakkan sekurang-kurangnya 87 kapal tangki minyak melalui Selat Hormuz dengan dilindungi kegelapan, sementara tentera Iran tidak menyedari operasi itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Kami akan bertolak pada 1 pagi, semua lampu dipadamkan dan kapal pemusnah tentera laut kami akan belayar bersama,” kata Trump kepada Axios dalam temu bual yang disiarkan pada Jumaat.

Beliau berkata, operasi itu boleh dilakukan selepas tentera AS “memusnahkan” radar dan sistem pertahanan Iran sebelum konflik tercetus.

Selama lebih sebulan, katanya, “tiada siapa tahu” minyak yang diangkut menerusi laluan air itu berasal dari mana.

Kenyataan itu menyusul beberapa minggu gangguan pasaran tenaga global berikutan serangan AS-Israel ke atas Iran bermula 28 Feb lalu.

Baru-baru ini, Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth dilaporkan berkata, “Project Freedom” berjaya mengiringi 125 juta tong minyak melalui Selat Hormuz.

Dalam perkembangan lain, Trump ketika bercakap kepada anggota perkhidmatan Tentera Udara AS sebelum berlepas dari Pangkalan Bersama Andrews berkata, kapal itu belayar keluar dari Selat Hormuz “seperti yang belum pernah dilihat oleh sesiapa pun sebelum ini”.

Beliau mengulangi AS mempunyai “tentera paling hebat di dunia”.

Berhubung memorandum persefahaman yang ditandatangani dengan Iran, katanya, Tehran mempunyai 60 hari untuk mencapai persetujuan muktamad.

“Kami mempunyai perjanjian yang telah ditandatangani malam tadi. 60 hari, mereka perlu membuat perjanjian, jika tidak, kami akan melakukan perkara yang tidak akan menggembirakan mereka.

“Saya tidak fikir ia akan sampai ke situ. Jika kita berbuat demikian, maka secara tiba-tiba, anda tidak akan mendapat minyak yang mengalir keluar dari selat itu.”

Rabu lalu, Trump dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menandatangani memorandum persefahaman Islamabad secara elektronik bagi menamatkan perang AS-Israel dan Iran serta menghentikan serangan Israel ke atas Lubnan.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002969
$0.00002969$0.00002969
+2.41%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel