Bekas Ahli Parlimen DAP ramal gelombang ketidakpuasan hati pengundi akan dilihat pada PRN Johor Sabtu ini, dan juga di Negeri Sembilan.Bekas Ahli Parlimen DAP ramal gelombang ketidakpuasan hati pengundi akan dilihat pada PRN Johor Sabtu ini, dan juga di Negeri Sembilan.

Pemimpin enggan terima hakikat sentimen anti-PH semakin kuat, kata Ong

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
Menurut Ong Kian Ming, BN telah berjaya menyatukan naratif kempen mereka di Johor berteraskan kepimpinan Pengerusi BN negeri Onn Hafiz Ghazi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming mendakwa pemimpin Pakatan Harapan (PH) masih enggan menerima hakikat bahawa sentimen menolak gabungan itu semakin kuat, terutamanya dalam kalangan pengundi bukan Melayu di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata, mereka belum merasai ‘gelombang sentimen anti-PH’ tersebut, yang dijangkanya akan mula menonjol pada PRN Johor Sabtu ini.

“Ia mungkin mencetuskan gelombang seterusnya di Negeri Sembilan dan pada PRU akan datang,” katanya kepada FMT di Menara Axis hari ini selepas pelancaran Institut Dasar dan Libat Urus Asia, Universiti Nottingham Malaysia.

Bekas pemimpin pusat DAP itu berkata demikian ketika menjawab kritikan terhadap unjurannya baru-baru ini bahawa Barisan Nasional (BN) akan menang besar di Johor.

Dalam kenyataan Jumaat lepas, beliau menganggarkan BN mampu menang sehingga 53 daripada 56 kerusi yang ditanding, dengan PH hanya mengekalkan tiga kerusi dan Perikatan Nasional (PN) mungkin gagal memenangi sebarang kerusi.

Timbalan Setiausaha Agung DAP Steven Sim kemudiannya menyangkal ramalan tersebut sebagai sekadar andaian, menegaskan ia tidak akan mempengaruhi keputusan sebenar di peti undi.

Bagaimanapun, Ong berkata, BN telah berjaya menyatukan naratif kempen mereka di Johor berteraskan kepimpinan Pengerusi BN negeri Onn Hafiz Ghazi, dan ‘bagaimana mereka mahu membawa barisan pemimpin yang berwibawa serta berpengalaman untuk menerajui kerajaan negeri’.

Beliau turut menegaskan bahawa PH masih belum menamakan calon menteri besar mereka, yang menurutnya telah melemahkan naratif kempen gabungan tersebut.

Pada PRN 2022, BN memenangi 40 kerusi, diikuti PH (12), PN (tiga), dan Muda (satu).

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00001694
$0.00001694$0.00001694
-0.17%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

Get Covered, Share 1M USDT

Get Covered, Share 1M USDTGet Covered, Share 1M USDT

Higher VVIP tiers, higher compensation odds.

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Record Ads, Stock Down 7%

Record Ads, Stock Down 7%Record Ads, Stock Down 7%

Jul 29: Meta earnings face the market's question.