Beg-beg tangan mewah yang dilarikan dari premis di Cyberjaya itu bernilai RM90,000.Beg-beg tangan mewah yang dilarikan dari premis di Cyberjaya itu bernilai RM90,000.

Polis buru suspek pecah masuk kedai, larikan 25 beg tangan mewah

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
NORHIZAM BAHAMANKetua Polis Sepang Norhizam Bahaman berkata, pihaknya terima laporan berhubung kejadian kira-kira 12.30 tengah hari semalam daripada pemilik premis. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis sedang memburu tiga individu dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah premis menjual beg tangan mewah di sebuah kompleks beli-belah di Cyberjaya, melibatkan kehilangan 25 beg tangan bernilai RM90,000.

Ketua Polis Sepang Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 12.30 tengah hari semalam daripada seorang wanita yang juga pemilik premis.

“Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tiga suspek bertopeng dan berpakaian serba hitam memasuki premis sebelum menggeledah serta mengambil beg tangan yang dipamerkan di rak,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Menurut Norhizam, berdasarkan siasatan awal di lokasi kejadian, suspek dipercayai mengumpil tingkap tandas untuk menceroboh ke dalam premis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan kejadian itu turut tular menerusi media sosial.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Mohd Faizal Rashid @ Jaafar melalui talian 013-2222652 bagi membantu siasatan.

Market Opportunity
Star Atlas DAO Logo
Star Atlas DAO Price(POLIS)
$0,01106
$0,01106$0,01106
0,00%
USD
Star Atlas DAO (POLIS) Live Price Chart

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage