Ketua PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, seru penyokong turun beramai-ramai pada hari pengundian.Ketua PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, seru penyokong turun beramai-ramai pada hari pengundian.

Pengundi diseru hukum Umno kerana khianat kerajaan negeri

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Aminuddin live himpunan PKR N9Ketua PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, pada pelancaran jentera pilihan raya PH.

PETALING JAYA: Pengundi Negeri Sembilan diseru memanfaatkan PRN pada 1 Ogos bagi menghukum Umno, dengan ketua Pakatan Harapan negeri, Aminuddin Harun, berhujah pengkhianatan terhadap kerajaan negeri oleh parti tersebut membawa kepada pembubaran DUN.

Menurutnya, sepucuk surat didakwa ditulis oleh Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, kepada pemimpin-pemimpin PAS mendedahkan perbincangan antara Perikatan Nasional dan Umno mengenai usaha menjatuhkan beliau sebagai menteri besar.

Aminuddin meminta DUN dibubarkan pada minggu lepas, dua tahun sebelum tempoh berakhir, selepas dua minggu pergolakan politik yang berpunca daripada tindakan 14 Adun Umno mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada Aminuddin, yang memimpin kerajaan campuran negeri dibentuk oleh PH dan Barisan Nasional.

Ahli-ahli Umno tersebut kemudian bersetuju untuk kekal bersama kerajaan namun parti itu mengisytiharkan bahawa ia akan bertanding di semua kerusi, sekali gus mendorong PH melakukan perkara sama.

Aminuddin menggesa penyokong PH turun beramai-ramai pada hari pengundian, menyeru peratusan keluar mengundi mencapai 80%.

“Tunjukkan rasa ketidakpuasan hati kita kepada mereka yang khianat kita. Kalau boleh, kita nak 1 Ogos bukan sekitar 70% saja keluar mengundi. Kita nak 80% keluar mengundi,” katanya sempena pelancaran jentera pilihan raya PH Negeri Sembilan di Seremban.

“Inilah peluang kita. Inilah masa kita. Tunjukkan kepada mereka. Biar tuan-tuan yang ajar mereka. Pastikan bahawa rakyat hari ini mampu untuk memberi hukuman kepada mereka. Yang mampu memberi hukuman adalah pengundi. Yang mampu memberi hukuman adalah tuan-tuan dan puan-puan,” kata Aminuddin, yang merupakan Adun Sikamat pada penggal lalu.

PH juga mesti memperkukuh kedudukan menjelang pilihan raya umum akan datang. “Apabila pilihan raya tiba, kita akan menentang mereka di sana juga,” kata Aminuddin, yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson.

PH menduduki lapan kerusi Parlimen di Negeri Sembilan.

Get Covered, Share 1M USDT

Get Covered, Share 1M USDTGet Covered, Share 1M USDT

Higher VVIP tiers, higher compensation odds.

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Gold at $4,000: Time to Buy?

Gold at $4,000: Time to Buy?Gold at $4,000: Time to Buy?

Central banks buy. $5K in sight, but rates weigh.